Suatu malam, ketika sedang menonton TV seorang diri, ada jugak babak babak yang biasa bagi korang, tapi aku dah rasa semacam.., rasa ‘air meleleh di telinga’.., dan apabila tiba waktu iklan, melihat babak babak dalam iklan, terutamanya iklan alat senaman, membuatkan aku rasa nak ‘bersenam’jugak, ni tak boleh jadi nih..,lalu aku tutup TV dan terus ke bilik tidur mengejutkan isteri untuk ajak ‘bersenam’.., bukan apa, teringat hadith Nabi yang aku lupa mantan dan perawinya yang memberitahu jika dalam perjalanan tiba tiba terlihat sesuatu yang terangsang, maka pulanglah kerumah dan bersetubuhlah bersama isteri.., begitu lebih kurang maksud.., wallahulam. Jadi kes aku, salah aku jugak, siapa suruh tengok TV yang ada iklan jual alat senaman malam malam?, astarfirullahalazim .., terpaksalah aku ganggu isteri aku yang sedang tidur untuk ajak bersenam, tapi.., mungkin kerana baru terjaga dari tidur, antara sedar dan tidak sedar, boleh pulak isteri aku menolak ajakan amaradana dari lelaki yang macho ini?
What! Ke mana aku nak tumpahkan kuah jika tak ke tempat yang betul?
Ok, aku cuba cool, aku cuba ambil wudhu dan cuba tidur, tapi dalam keadaan isteri aku yang seksi di sebelah dan model iklan alat senaman terbayang di mata, apa daya aku? Sekali lagi aku kejut isteri aku, tapi isteri aku memusingkan badannya pula…
Apa aku nak buat? Aku bukan ada isteri l ain , jika tak, aku boleh buat buat merajuk, dan pergi rumah isteri nombor dua, dan terus tumpahkan kuah pada nasik di sana .., tapi isteri aku satu jer..
*****
“boleh tak abang kahwin dua”, Tanya aku pada suatu petang..
“Tak boleh”Jawab isteri aku selamba.
“nanti kalau boleh, bagitahu ye?” jawab aku lagi selamba.
******
Ok, kembali pada babak malam ini, isteri menolak ajakan aku untuk bersetubuh, apa kita nak buat?
Tiba tiba aku mendapat satu ilham, ha ha (gelak orang jahat)
Maka dalam kedinginan malam, akupun bangkit dari pembaringan, lalu akupun melakukan beberapa angkara yang mana jika kita buat kat orang sedang tidur, maka orang itu akan marah.., tapi orang yang akan marah itu adalah isteriku, biarlah dia marah, sebab sekarang dia yang sedang buat aku marah..
Aku pendekkan cerita, lepas aku dah buat beberapa angkara itu, akupun tidur..,
Pagi itu jam loceng berbunyi seperti biasa, isteriku pun bangun seperti biasa, dan pelik?, tidak marah marah.., aku yang juga terdengar jam loceng itu, biarkan sahaja ianya terus berbunyi lalu dimatikan alarmnya oleh isteriku dan isteriku terus pergi mandi, selepas mandi, isteriku datang mengejutkan aku..
“bang, bangun, bang, dah dekat nak subuh ni..” kejutt isteri aku yang sedang berkembang dengan k ain tuala.
Akupun tarik dia dan berkata;
“Abang nak bersetubuh dulu, sebab jam baru satu pagi”
Woha!
Rupa-rupanya, angkara yang aku buat tadi adalah dengan menukar waktu jam, dari satu pagi kepada jam 5 pagi, dan untuk merealkan lagi suasana, jam kat ruang tamupun aku tukar waktunya, mulanya iasteri aku tak percaya, tapi setelah aku bukak TV dan isteri aku melihat rangcangan bersama iklan alat senaman masih belum habis, maka percayalah isteri aku bahawa dia dah tertipu oleh aku dan waktu. Woha sekali lagi.
(babak seterusnya terpaksa dipotong kerana semua tahu sudah, kemana tumpahnya kuah kalah tak.., arghh, sambung sendiri)
Moral of the story, janganlah kamu wahai para isteri, menolak ajakan suami untuk bersetubuh, kerana jika suami tidur dalam keadaan marah, maka kamu akan dilaknat oleh malaikat sampai ke subuh,
…dan yang belum jadi isteri orang lalu menolak ajakan teman lelaki untuk bersetubuh, maka kamu adalah antara wanita yang suci lagi terpelihara. ..
…dan jika kamu menerima ajakan teman lelaki untuk bersetubuh, maka kamu adalah bodong bangang, dan akan dilaknat oleh Allah sampai kamu bertaubat..
Takutlah Allah dalam bab menjaga kemaluan, dan jagalah kangkanganmu dari lelaki yang sundal!
Ps: isteriku, jika kamu menolak lagi ajakan abang, bukan setakat jam ruang tamu yang abang akan ubah waktunya, jam dalam keretapun abang akan ubah sekali, woha!.., (bukan senang dapat tidur bersama isteri yang baru lepas mandi…he he)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan